Tuesday, 18 October 2011

kalau Saya Mati

Kalaulah saya meninggal sebentar sahaja lagi, saya tahu saya pasti akan dikebumikan. Ketika itu, semua yang mengenali saya pasti akan berasa sedih, setidak-tidaknya.

Saya harapkan orang-orang yang sering bersama dengan saya dan mengenali saya dapat turut serta mengiringi saya ke tanah kubur.


Semua.

Kalaulah saya sudah ditanam, saya mahu sekali setiap satu daripada mereka tidak pernah ada rasa benci dan marah pada saya. Jika tidak, saya pasti terseksa di sana. Saya merayu kalian berkata yang baik-baik sahaja tentang saya. Maafkanlah saya. Ampunkanlah salah dan silap saya.Tolonglah saya. Saya dah mati.



No comments:

Post a Comment